DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT
Konsep Keselamatan Menyeluruh (????????????? ????????) yang merupakan konsep yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 menjadi rujukan bahawa “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.
Tanggungjawab pengurusan keselamatan negara tidak lagi didominasi sepenuhnya oleh jentera kerajaan. Setiap pihak harus berperanan sama melaksana tanggungjawab masing-masing bersesuaian dengan fungsi tugas, kepakaran, peranan dan obligasi mereka selaku ahli tetap โPasukan Malaysiaโ. Obligasi setiap pihak ini diterjemahkan terhadap komitmen seluruh jentera kerajaan dengan diiringi kerjasama segenap
lapisan masyarakat di dalam mendepani apa jua cabaran di dalam pengurusan keselamatan negara. Ini berkaitan rapat dengan: โPendekatan Seluruh Jentera Kerajaan dan Segenap Lapisan Masyarakatโ.
Melalui konsep ini, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka telah menganjurkan Program bersama Rakan Strategik Negeri Melaka (Penghulu) bagi menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab pihak penghulu sebagai perantaraan kerajaan dan rakyat ketika menghadapi krisis dan bencana.
Melalui program ini, taklimat mengenai Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021 – 2025) turut disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan taklimat mengenai persiapan TTX disampaikan oleh Mejar Mokhzaini bin Mokhtar Rudin, Penolong Pengarah (Tentera), MKN Negeri Melaka.
#DKNmy #MKNMelaka
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama