TUMPAT 30 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menerima serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara, disini hari ini.
Rampasan telah dibuat keatas minyak masak paket bersubsidi sebanyak 136 kilogram yang ditinggalkan bersama sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero berpendaftaran Malaysia di syaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral di Pengkalan Haram Tumpat, Kelantan.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDNHEP.