HARI HABITAT SEDUNIA 2022

Sambutan Hari Habitat Sedunia yang bertemakan ‘Mind the Gap. Leave No One and No Place Behind’ yang memberi fokus kepada keadaan penempatan manusia telah dilaksanakan pada 3 Oktober 2022 di Balikesir, Turkey.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diberi penghargaan bagi projek-projek legasi Forum Bandar Sedunia ke-9 (World Urban Forum 9, WUF9).

Penganugerahan ini juga merupakan susulan lawatan rasmi YBhg. Datuk Seri Paduka Maimunah, Pengarah Eksekutif UN-Habitat ke Kuala Lumpur bagi melihat projek-projek legasi Forum Bandar Sedunia ke 9 (WUF9) di mana semasa lawatan beliau, beliau telah mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar di Malaysia yang terkedepan dan aktif dalam pelaksanaan dan usaha-usaha ke arah kemampanan dan rendah karbon serta mendapat banyak pengiktirafan juga dikenali pada peringkat antarabangsa.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

SUMBER GAMBAR: Urbanice Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut