TASK FORCE TUNGGAKAN SEWA PA/PPR: PERSATUAN PENDUDUK BANTU DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) menjalin kerjasama dengan Persatuan Penduduk melaksanakan Task Force tunggakan sewa Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) mulai tahun 2022.

Task force ini julung kali ditubuhkan di antara JPKKB dengan Persatuan Penduduk bagi mengurangkan tunggakan dan meningkatkan kutipan sewa di PA/PPR. Sesi pelantikan dan penyerahan fail tugas task force telah disempurnakan oleh Pengarah JPKKB, Encik Ismadi bin Sakirin pada 27 September 2022 (selasa) yang lalu.

Sebanyak 11 pasukan task force telah ditubuhkan melibatkan 10 kawasan PA/PPR:

  1. PPR Muhibbah 1;
  2. PPR Bukit Jalil 1;
  3. PPR Bukit Jalil 2;
  4. PPR Intan Baiduri;
  5. PPR Desa Tun Razak;
  6. PPR Beringin;
  7. PPR Batu Muda;
  8. PPR Air Panas;
  9. PPR Seri Alam 2;
  10. PA Desa Rejang; dan
  11. Rumah Panjang Ikan Emas.

Task force ini bermula pada 1 Oktober 2022 hingga 30 November 2022 dianggotai oleh 6 orang ahli dalam setiap pasukan. Tugas utama pasukan ini adalah menyerahkan bil dan notis tunggakan sewa kepada para penyewa yang mempunyai tunggakan dan pada masa yang sama memberi peringatan tanggungjawab sebagai penyewa untuk membayar sewa.

Para penyewa boleh membuat bayaran terus di kaunter-kaunter bayaran DBKL dengan membawa bil atau secara atas talian iaitu melalui jompay atau customer service portal (cssp) https://cssp.dbkl.gov.my/.

Tiada bayaran tunai boleh dibuat kepada pasukan task force ini!

Pendekatan baharu ini diharap mendapat kerjasama yang baik dari para penyewa yang mempunyai tunggakan. Perlu diingat bahawa hasil sewa yang dibayar adalah untuk kesejahteraan bersama. Hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada para penyewa untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan. Kegagalan untuk membayar secara teratur akan menyebabkan perkhidmatan tidak dapat dilunaskan dengan sempurna.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut