PERBARISAN SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA DBKL KE-53 TAHUN 2022

KUALA LUMPUR – Sekitar Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Penguatkuasaan (JPK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke 53 Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan pada 29 September 2022 bertempat di Padang Kawad Menara Penguatkuasa DBKL, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif (Perancangan), YBrs. Tuan Khairul Anuar bin Mhd. Juri, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) dan Pengarah-Pengarah Jabatan DBKL.

Turut diadakan pada majlis pagi ini adalah penganugerahan Pingat Khidmat Terpilih dan Pingat Khidmat Bakti kepada 37 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan jabatan dalaman DBKL.

Selain itu, bagi menggelorakan lagi majlis sambutan ini, turut diadakan perarakan jentera-jentera selian Jabatan Penguatkuasaan DBKL, pertunjukan seni mempertahan diri, pertunjukan kuda dari Unit Berkuda DBKL dan pertunjukan pancaragam.

Majlis sambutan kali ini juga turut dihadiri Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke 12, YBhg. Datuk Seri Nor Hisham bin Ahmad Dahlan dan wakil-wakil dari agensi sahabat terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bulan Sabit Merah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna WPKL (KPDNHEP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL, Jabatan Kesihatan WPKL, Jabatan Pengangkutan Jalan WPKL, Majlis Keselamatan Negara WPKL, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Alam Flora Sdn. Bhd. WPKL.

Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa DBKL yang ke 53 Tahun 2022.

Tegas dan Setia !

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut