KEPESATAN PELABURAN BERI SINAR BARU BUAT ANAK MUDA KEDAH

Kemasukan pelabur ke Kedah memberi sinar baru buat anak-anak Kedah terutamanya anak muda.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya 150 ribu tenaga kerja untuk diisi oleh anak-anak Kedah,” ujar Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika merasmikan Kedah Motor Fest di dataran Aman Jaya Mall di sini hari ini.

Jelas beliau, kerajaan meluluskan 2000 ekar tanah di Gurun untuk dibuka sebagai satu perindustrian baharu.

Anak muda Kedah tidak perlu lagi merantau jauh katanya kerana peluang pekerjaan terbuka luas.

Muhammad Sanusi teruja dengan kehadiran anak muda sekitar jam 2 petang yang mencatatkan lebih 16 ribu dalam Kedah Motor Fest .

Terdahulu Pengarah Program Kedah Motor Fest, Nurul Amin Hamid berkata lebih 50 ribu pengunjung yang hadir selama tiga hari karnival itu berlangsung.

Katanya, Karnival Sejahtera Prihatin Negara adalah manifestasi keprihatinan kerajaan Malaysia dan Kedah dengan menampilkan pelbagai agensi yang menyediakan peluang kepada rakyat khususnya anak muda.

Tambah Nurul Amin lagi, matlamat besar program itu adalah untuk menghimpunkan dan menyatupadukan anak muda serta peminat permotoran.

“Dalam kalangan peminat motosikal ada kumpulan mereka tersendiri, contohnya peminat Ysuku, RXZ, RS, vespa dan lain-lain lagi.

“Menerusi program ini kita turut menyelitkan agenda dakwah untuk anak muda serta perkongsian daripada pimpinan anak muda mengenai belia mahir dan keperluan belia masa kini,” katanya.

Menteri Besar turut memberi jaminan program seumpama itu akan diadakan secara berkala bagi memastikan anak muda Kedah terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut