HOUSE STORMING : KUALA KEDAH DIGEMPUR

PDRM Kontinjen Kedah telah melancarkan Op Khas (House Storming) Ketua Polis Kedah di Daerah Kota Setar pada 24 dan 25 September yang lalu. Pemeriksaan mengejut dan tangkapan telah dilakukan di sekitar kawasan Kuala Kedah, Alor Setar.

Sebanyak 245 buah rumah dan premis serta 635 individu telah diperiksa dalam operasi kali ini. Dalam operasi tersebut, PDRM Kontinjen Kedah turut berjaya menangkap 10 individu berstatus ‘Wanted’ atau dikehendaki.

Selain daripada tangkapan dan rampasan, sebanyak 162 kenderaan telah diperiksa dan 60 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu telah melibatkan kekuatan 280 pegawai kanan dan anggota yang turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin Kuala Kedah, Pasukan Gerakan Udara PDRM dan ‘Tiger Platoon’ Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad berkesempatan menyampaikan amanat kepada petugas yang bakal melaksanakan Op Cantas Khas Ketua Polis Kedah ini.

Supt. Mohd Naim bin Asnawi, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah yang turut bertindak sebagai Pegawai Medan dalam operasi kali ini telah menyampaikan taklimat berkenaan penugasan kepada para petugas.

PDRM Kontinjen Kedah telah merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup dan wang tunai.

Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat dibawah Seksyen :-

– Sek 15 (1) a ADB 1952

– Sek 39A (2) ADB 1952

– Sek 4 (1) ARJT 1953

– Sek 30 (3) AR 1952

– Sek 135 (1) (d) Akta Kastam

– Sek 6 (1)(c) IMG 1959

Sementara itu, reaksi daripada warga maya menyatakan sokongan kepada tindakan yang dilakukan oleh pasukan PDRM ini dan berharap agar operasi seperti ini dilakukan secara berkala. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Kedah dan ada juga yang membuat aduan melalui ruangan komen laman Facebook Polis Kedah.

Foto: FB Polis Kedah

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut