PESTA TANGLUNG HARMONIKAN KAUM DI KELANTAN

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang diasaskan oleh Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa meraikan sambutan hari-hari kebesaran semua kaum yang ada di negeri Kelantan dan perkara tersebut dilazimi sehingga ke hari ini.
Kelantan sebuah negeri yang menyantuni bangsa, kerana selain sambutan hari-hari kebesaran orang-orang Islam, turut diadakan setiap tahun ialah Sambutan Hari Deepavali Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Songkla, Pesta Tanglung.
Kerajaan Negeri amat menyokong dan menyambut baik sebarang program yang merentasi bangsa dan kaum, kerana selain meraikannya dan mencari pelapis baharu, ia juga mampu dipertontonkan kepada masyarakat luar uniknya seni dan budaya Kelantan, sebagai contoh persembahan wayang kulit dalam bahasa Cina.
Pesta Tanglung ialah perayaan tradisi masyarakat Tionghua yang bermain tanglung di bawah sinaran bulan mengambang sambil makan kuih bulan.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut