KUTIPAN HASIL CECAH RM1 BILION MENJELANG 2023

Kutipan hasil RM1 bilion diletakkan kepada semua agensi dan jabatan dalam negeri Kedah bagi mencapai sasaran kutipan tersebut menjelang 2023.

Cabaran itu menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemangkin meningkatkan hasil pendapatan kerajaan negeri.

“Tumpuan kerajaan adalah meningkatkan hasil kemudian baru boleh meningkatkan perbelanjaan,”katanya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan ketika sesi Dialog Bajet 2023 di Raia Hotel and Convention Centre semalam.

Jelas beliau kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin namun rakyat juga perlu berubah selari dengan keperluan dan kehendak semasa.

Tambah Muhammad Sanusi, beliau mahu semua agensi dan jabatan untuk mengurangkan kekangan birokrasi bagi memudahkan urusan rakyat.

Antara kaedah yang boleh diambil adalah memperkasakan sistem bayaran tanpa tunai seperti iBayaq yang menjimatkan masa, tenaga, perbelanjaan dan menghindari berlakunya ketirisan wang.

Mengulas tentang sesi dialog bajet, Sanusi berkata kebanyakan perkara yang dibangkitkan oleh peserta di luar bidang kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah kuasa kerajaan Persekutuan.

Katanya, banyak projek yang sedang berjalan di bawah kerajaan negeri tetapi ianya memakan masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan seperti projek pembinaan lima Loji Rawatan Air (LRA) yang bakal siap menjelang 2024.

“Jika semua perkara mengharapkan kerajaan negeri laksanakan dalam tempoh yang singkat mungkin sukar,” ujarnya lagi.

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …