AHMAD DZAFFIR DILANTIK KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN BAHARU

SEREMBAN – Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Ahmad Dzaffir menggantikan Datuk Ruslan Khalid yang bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Kontinjen Polis Negeri Sembilan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada Selasa.

Pada majlis sama turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Rohayah Harun dengan Deputi Superintendan Erny Yusnida Che Yusoff.

Ahmad Dzaffir ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap dapat menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.

“Fokus saya adalah seperti mana sama dengan fokus Ketua Polis Negara memperkasakan integriti, penyampaian perkhidmatan dan mendukung dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.

“Di samping itu juga, bagi diri saya sendiri iaitu misi untuk membanteras segala jenis aktiviti sindiket seperti perjudian, dadah dan scam yang mana kita tahu scam adalah trend yang terkini sejak Covid-19.

“Ramai jadi mangsa scam melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Itu menjadi fokus utama saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …