???????? ?? ??????? ?????? ????, ??????? 11 ??????? ????? ????? ?? ??? (???) 2022

Penduduk Komuniti Presint 11, Putrajaya telah menyahut cabaran World Clean Up Day (WCD) dengan mengadakan aktiviti Plogging Sempena WCD bermula Jalan KVDT, Putrajaya hingga sempadan Cyberjaya, Selangor. Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti pada 20 September 2022.

Selepas 45 minit pelaksanaan plogging, sisa sebanyak 77.4 kg sisa berjaya dikutip. Dari jumlah tersebut 40.2 kg atau 52% darinya adalah sisa yang boleh dikitar semula. Ini menunjukkan bahawa masih ramai orang awam tidak mengitar semula, dan membuang sampah merata-rata. Sisa lain yang dipungut adalah plastik (24. 1 kg), getah/kulit (11.9 kg), besi (2.4 kg), kaca (1 kg), lain-lain sisa (16.2 kg), puntung rokok (37 puntung) dan penutup muka (40 unit).

Tuan Hariz Hafizuddin bin Zainal, Pengurus Cawangan SWCorp Wilayah Persekutuan Putrajaya turun meninjau dan bersama-sama menyertai aktiviti WCD yang dilakukan oleh komuniti Presint 11.

Diharapkan juga usaha kecil ini menjadi ikutan masyarakat. Dengan meluangkan masa 10 minit sehari, aktiviti pembersihan dilakukan di kediaman atau tempat kerja. Amalan seperti ini boleh diterapkan sekaligus menjadi budaya yang akan menjadi ikutan generasi akan datang.

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

Β “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema β€” ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut