PEMERIKSAAN OPS CATUT 9.0 DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011

 

KOTA BHARU 20 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Pemeriksaan Ops Catut 9.0 dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 disini hari ini.
Pelaksanakan pemeriksaan ke atas tayar kereta di peringkat pembekal iaitu pengilang, pengeluar, pengimport, pengedar dan peruncit di bawah OPS CATUT 9.0
Objektif bagi memantau aktiviti kenaikan harga tayar kereta yang dijual di pasaran agar sebarang kenaikan harga yang berlaku adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Selain itu pemeriksaan ini adalah untuk memastikan peniaga yang membuat aktiviti mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan diambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Maklumat harga jualan, belian dan maklumat berkaitan rantaian bekalan diperolehi untuk tindakan lanjut.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
?Tel : 09-7416000
?Whatsapp : click link
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …