JAWATANKUASA KHAS PASTIKAN BEKALAN MAKANAN MENCUKUPI BAGI MENGHADAPI MUSIM BANJIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir terutama pada hujung tahun. YB Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika keadaan cuaca buruk sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

Jawatankuasa tersenut akan turut disertai pelbagai agensi lain yang berkaitan dan KPDNHEP akan bekerjasama untuk meneliti keperluan dalam pelbagai sudut. Hal ini dimaklumkan oleh YB Menteri, selepas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedup di Kampung Bunan, Serian pada 18 September 2022.

 

Sumber:

Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut