DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)
Rakyat Malaysia perlu sedar tentang kepentingan menghormati lagu Negaraku kerana bait-bait lirik yang terkandung di dalamnya menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Tanah Air.
Menyelusuri sejarah penciptaan lagu Negaraku, lirik lagu kebangsaan kita ini seperti dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 hanya menggunakan satu Bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan ia mesti dinyanyikan di dalam Bahasa Melayu. Apabila telah memilih lagu kebangsaan, tajuk dan seni kata lagu kebangsaan perlu digubah dan ditambah baik. Kerajaan telah menawarkan RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri bin Elyas.
Saiful Bahri telah mengubah lagu kebangsaan dalam tiga versi iaitu versi penuh, versi ringkas dan versi pendek menggunakan irama lagu kebesaran negeri Perak.
Beliau dilahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada 19 September 1924 dan bertugas di Filem Negara Malaysia. Beliau meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 26 Disember 1976 ketika usianya 52 tahun, Allayarham meninggalkan isteri Puan Noraini Ahmad seta lima orang anak dan jenazahnya dituntut isteri pertamanya untuk dikebumikan di Jakarta, Indonesia.
Selain daripada Lagu Negaraku, Saiful Bahri juga merupakan penggubah lagu-lagu yang membangkitkan jiwa anak watan seperti lagu Malaysia Berjaya, Barisan Kita, Samudra Raya, Gagah Perkasa dan Muhibbah.