JALINAN KASIH WARGA EMAS REMBAU

SEREMBAN, 13 Sep – Program ‘Jalinan Kasih’ warga emas daerah Rembau telah diadakan sebagai usaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau meraikan golongan ini dan merapatkan hubungan bersama agensi terlibat.

Program bertemakan ‘We Care, We Share’ ini telah melibatkan 40 orang warga emas dan berlangsung di Hotel Pall Mall Seremban.Antara matlamat lain program ini adalah memberi sokongan kepada warga emas merangkumi aspek fizikal, mental dan sosial dan meningkatkan tahap berdikari mereka.

Program telah diisi dengan modul-modul antaranya ‘Perkembangan Emosi di Sebalik Usia’ dan ‘Peranan Spiritual Dalam Pengukuhan Kendiri’ serta latihan dalam kumpulan (LDK). Hadir merasmikan majlis penutup ialah Kaunselor Kanan MAINS, Wan Aminuddin Wan Abdullah bersama Kaunselor Daerah Rembau, Haryati Kamarudin. Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, Nurul Fathihah Jasli.

Foto | Berita: Unit Media Baharu/Ain Rahman

Sumber: Majlis Agama Islam Negeri SembilanΒ 

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut