14,140 KES JENAYAH DALAM TALIAN BABIT RM483 JUTA DIREKODKAN SEJAK JANUARI

Sebanyak 14,140 kes jenayah dalam talian membabitkan kerugian RM482 juta direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Jumlah itu menurun sebanyak 6,561 kes berbanding 20,701 kes direkodkan dengan kerugian RM560 juta bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes pembelian dalam talian merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 6,449 kes direkodkan pada tahun ini (Januari hingga Ogos lalu) menbabitkan kerugian RM89 juta berbanding 9,499 kes (RM73 juta) pada tahun lalu.

“Sebanyak 2,191 kes pinjaman tidak wujud direkodkan pada tahun ini dengan kerugian RM25 juta berbanding 4,784 kes (RM50 juta) pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Duta Anti-Scam di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Pengarah Urusan Multimedia Creative Solutions Sdn Bhd (MCS) Datuk Steven Lim Boon Siong.

Acryl Sani berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 2,379 kes penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kerugian RM151 juta pada tahun ini berbanding 3,195 kes (RM245 juta) pada tahun lalu.

“Bagi kes Macau Scam pula, sebanyak 2,439 kes direkodkan dengan kerugian RM147 juta pada tahun ini berbanding 1,585 kes (RM84 juta) pada tahun lalu.

“Sebanyak 549 kes dengan kerugian RM39 juta membabitkan African Scam direkodkan pada tahun ini, manakala 1,460 kes (RM56 juta) dicatatkan pada tahun lalu,” jelasnya.

Tambah beliau,penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) merekodkan sebanyak 101 kes membabitkan kerugian lebih RM1.3 juta pada tahun ini berbanding 121 kes (RM1.7 juta) pada tahun lalu.

“Bagi kes Business Email Compromise (BEC) pula, sebanyak 32 kes direkodkan membabitkan RM28 juta kerugian pada tahun ini berbanding 57 kes (RM49 juta) pada tahun lalu,” katanya.

SUMBER: UTUSAN, PDRM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …