PROGRAM KAYUHAN ROAD TO HBN 2022

Seramai 356 peserta berbasikal menyertai Progam “Kayuhan Road To HBN 2022” peringkat Labuan.
Program itu merupakan anjuran bersama Kelab Sukan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Perbadanan Labuan, Majlis Belia Labuan dengan kerjasama JHK Events.
Kayuhan sejauh 32 kilometer itu membabitkan peserta dari Labuan, Kota Kinabalu, Tenom, Sipitang dan Lawas.
Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Tn. Hj Rithuan Mohd Ismail, Pengarah JBS Labuan En. Mohammad Syahffie Hj. Japril dan Presiden MBL En. Abdul Mutalib Sahari.
Dalam pada itu, penganjuran program itu adalah bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat Labuan yang dijangka akan disambut pada 18 September ini.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …