Menteri Dalam Negeri adakan lawatan kerja ke Labuan bagi meninjau aspek kemudahan infrastruktur, tenaga kerja dan kesiapsiagaan perkhidmatan imigresen dan keselamatan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Terminal Feri Ro-Ro Labuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.
Di samping itu, kehadiran beliau bagi meninjau untuk penyelarasan semula pelaksanaan pergerakan bebas ke Sabah melalui Labuan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN


