JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA DIPERLUAS

 

BACHOK – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga menawarkan harga barang keperluan harian jauh lebih murah berbanding di pasaraya lain.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, melalui program tersebut seramai 160 orang yang tergolong dalam kategori B40 diberi kupon bernilai RM50 setiap seorang untuk mereka membeli barang keperluan dapur dengan harga murah.
โ€œTujuan kita agihkan kupon tersebut bagi membolehkan mereka merasai harga barangan yang murah ditawarkan oleh kerajaan sempena program ini.
Alhamdulillah, kita bersyukurlah dengan inisiatif kerajaan pada hari ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan dalam mengharungi kemelesetan ekonomi sekarang,โ€ katanya pada Program JMKM DUN Pantai Irama di Pantai Timur Hypermarket, Sabtu lalu.
Sementara itu, Program jualan murah yang diseliakan oleh agensi kerajaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini telah mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan termasuk wakil rakyat dan dijangka akan berakhir hujung tahun ini.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut