ENCORE KLEBANG JADI LOKASI FESTIVAL FILEM MALAYSIA

REMBIA – Festival Filem Malaysia (FFM) yang dijadual pada 25 November hingga 2 Disember depan bakal diadakan di Encore Klebang.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, festival yang julung kali diadakan di Melaka itu bakal menambah keserian penganjuran acara atau program peringkat kebangsaan di negeri ini.

Menurutnya, selain FFM, turut diadakan Karnival Filem bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang dijadual pada tarikh yang sama.

“Selepas Hari Malaysia pada 16 September ini, Melaka sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi acara berprestij iaitu Festival Filem Malaysia di Encore, Klebang yang akan dihadiri artis dalam dan luar negara.

“Sebelum ini, kita merancang agar FFM diadakan di Perkampungan Hang Tuah Duyong, namun disebabkan lokasi yang kurang sesuai, kerajaan negeri memilih Encore Klebang bagi penganjuran itu.

“Pada masa sama, pengunjung boleh juga datang ke Karnival Filem di MITC Ayer Keroh pada tarikh yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani memaklumkan sambutan Hari Krismas peringkat Negeri Melaka pada 25 Disember depan dijangka akan diadakan di Pusat Beli Belah Bebas Cukai A’Famosa, Alor Gajah.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut