PROGRAM CBSM DI KRT MAHSURI BERLANGSUNG MERIAH

????? ??????????? ?????? (???) ????-???? telah diperkenalkan sebagai dasar utama yang memayungi dasar-dasar lain negara dan ia merangkumi sembilan (9) nilai teras Keselamatan Negara. DKN 2021-2025 menerapkan Konsep Keselamatan Menyeluruh ataupun ????????????? ???????? (COMSEC).

Sebagai inisiatif menjayakan doktrin COMSEC, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) pada hari ini berjaya menganjurkan satu Program Perintis Keselamatan Komuniti bersama penduduk di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Selain bertujuan menggalakkan komuniti memainkan peranan menjaga keselamatan setempat yang menjadi salah satu usaha bersepadu ke arah mewujudkan ????????? ????? ???????? ?????????? (CBSM), program ini juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti agar turut sama dapat menyumbang dalam memelihara keselamatan negara.

Dengan kehadiran lebih kurang 350 pengunjung, Program CBSM yang dijayakan dengan jalinan strategik pelbagai Agensi seperti PDRM, ATM, BOMBA, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan, APM serta KRT Mahsuri dan Silat Cekak Pusaka Hanafi, diserikan lagi dengan kehadiran ????. ???? ????? ??? ??????, ???????? ????? ???????? ??????????? ?????? (??????????? ?????????).

Antara agenda utama program adalah demostrasi menarik dan hebat daripada pihak APM, PDRM, ATM, BOMBA dan Silat Cekak Pusaka Hanafi. Program ini turut mengetengahkan Nilai Teras Keselamatan Negara (Keselamatan Rakyat) dari sudut Keselamatan Kesihatan dengan adanya slot seperti Pemeriksaan Kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Daerah Barat Daya dan juga slot senamrobik serta tai-chi oleh kumpulan komuniti setempat.

Booth-booth pameran turut disertai oleh semua Agensi Keselamatan dalam usaha memupuk semangat cintakan Tanah Air dalam kalangan komuniti. Semoga negara tercinta ini terus kekal Berdaulat, Aman dan Sejahtera.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut