1 TINDAKAN KES DIHASILKAN DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

RANTAU PANJANG 10 September : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas menerima serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM dalam operasi mencegah ketirisan barang kawalan pada semalam.
Rampasan telah dibuat melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira berpendaftaran Malaysia disyaki membawa 80 liter diesel didalam tong di Kg. Bagus, Rantau Panjang, Kelantan.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan dan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 11 September 2022 untuk siasatan lanjut.
Tindakan dihasilkan semasa menjalankan aktiviti pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut