HARI MALAYSIA : MBMB SEDIA PARKIR MENCUKUPI BUAT PENGUNJUNG

AYER KEROH 7 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan parkir mencukupi bagi pengunjung yang akan menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 16 September ini di Dataran Memorial Kemerdekaan Banda Hilir.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, sebanyak lebih 900 parkir di kawasan sekitar Banda Hilir itu termasuk parkir persendirian.

“Kita sediakan parkir yang mencukupi antara kawasan yang dibenarkan adalah di bawah Dataran Pahlawan, kawasan parkir MBMB, kawasan parkir sebelah Bangunan Stadthuys, sekitar kolam renang MBMB, parkir persendirian termasuk parkir di kawasan Melaka Raya.

“Kita juga bercadang untuk menyediakan pengangkutan ulang-alik (shuttle) untuk kenderaan yang parkir jauh untuk dihantar ke Dataran Memorial Kemerdekaan itu.

“Dan pihak MBMB sedang meninjau kawasan bersesuaian yang lebih luas untuk dijadikan parkir awam sempena hari bersejarah itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1662022875
DATUK Bandar MBMB Datuk Zainal Abu. Foto: MR Azli

Pada masa sama, Zainal turut menggalakkan pengunjung yang mahu menyaksikan sambutan Hari Malaysia menggunakan pengangkutan awam yang bakal disediakan.

Katanya, Panorama Melaka bakal menyediakan bas bagi kemudahan orang ramai untuk mengelakkan berlakunya kesesakan luar biasa di Banda Hilir pada sambutan itu.

“Kalau boleh kita sarankan juga orang ramai menaiki pengangkutan awam yang disediakan Panorama Melaka yang mana maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, kita nasihatkan agar mereka tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk dan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Untuk rekod, dianggarkan seramai 20,000 pengunjung akan membanjiri Dataran Memorial Kemerdekaan Banda Hilir sempena sambutan Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia.

Sambutan itu akan bertemakan era 60-an dengan orang ramai digalakkan memakai busana yang bersifat silam bagi memeriahkan sambutan itu.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …