KURSUS KULINARI BIMBING PESERTA JADI USAHAWAN

 

KOTA BHARU – Kursus Kulinari Percuma Akademi Al Aufi dengan kerjasama Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) bagi Siri II diteruskan pada 22 Ogos lalu membabitkan 22 peserta yang telah lulus dalam sesi temuduga.
Chef Lan atau Mazlan Hassim, Pakar Kulinari dari Akademi Al Aufi berkata peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu masyarakat terutamanya golongan belia yang terjejas pendapatan kesan pandemik COVID-19 tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
Menurutnya, melalui kursus tersebut peserta akan diberikan ilmu dan kemahiran secara percuma dan seterusnya dibimbing menjadi usahawan dalam bidang penghasilan makanan.
“Antara ilmu dan kemahiran yang diberikan sepanjang kursus kulinari ini ialah mempelajari teknik membuat kek, roti, masakan Melayu, masakan Cina, masakan barat, kuih muih dan penghasilan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) seperti penghasilan mi kuning, pati soya dan pes masakan.
Peserta juga boleh memilih sejenis produk makanan yang diminati untuk dibimbing sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam penghasilan produk tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Demo Masakan Bersama Datin Bentara Kanan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, 29 Ogos lalu.
Menurutnya lagi, untuk Kursus Kulinari Siri I yang lalu, telah ada peserta yang berjaya menghasilkan pes kari, pes tomyam dan air roselle.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …