KEBAKARAN 100 PERATUS LIBATKAN DUA BUAH RUMAH

Dua buah rumah hangus terbakar 100 peratus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi di Kampung Rancha-Rancha Laut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan memberitahu, panggilan diterima pihaknya kira-kira pukul 3.38 minit petang daripada orang awam yang melihat kejadian itu.
Balai bomba Rancha-Rancha seterusnya diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba selepas 2 minit panggilan diterima.
Kebakaran melibatkan 2 buah rumah jenis tidak kekal itu didiami oleh 4 buah keluarga namun tiada mangsa terlibat semasa kejadian itu berlaku.
Operasi pemadaman api melibatkan 27 orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rancha-Rancha, BBP Layangan dan BBP Sentral.
Ia turut mendapat kerjasama daripada pihak Asian Supply Base dan Sabah Electricity Sdn Bhd.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.12 minit petang iaitu 30 minit selepas kerja-kerja dimulakan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut