RM7.16 JUTA DIPERUNTUKKAN KERAJAAN TERENGGANU BAGI TAJAAN BELAJAR DI UK DAN JORDAN


KUALA TERENGGANU, 28 0G0S 2022


Kerajaan Terengganu akan memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta bagi tajaan biasiswa kepada 16 orang pelajar kelahiran Terengganu yang cemerlang dalam pendidikan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di United Kingdom (UK) dan Jordan bagi tempoh pengajian antara tiga hingga lima tahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semasa Majlis Penyerahan Pendahuluan Diri dan Bantuan Persediaan Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara tahun 2022, daripada jumlah itu seramai empat pelajar adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang baru sahaja menamatkan pengajian A-Level akan menyambung pengajian ke UK dan baki 12 orang pelajar pula akan menyambung pengajian di Jordan.

Pemberian biasiswa ini banyak membantu pelajar cemerlang khususnya di kalangan B40 serta M40 dan sekaligus merangsang semangat anak-anak pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM.

Besar harapan Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu khususnya ibu bapa mereka untuk melihat anak-anak ini melakukan yang terbaik sekali gus mencapai kejayaan yang cemerlang nanti. Walau di mana pun bumi yang dipijak, ‘believe in yourself’. Semoga rahmat dan keberkatan Allah mengiringi anak-anak pelajar ini dalam menuntut ilmu sehingga lengkap pengajian dan pulang berbakti di tanah air.
***

sumber gambar : Media MB Terengganu

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …