KELANTAN SERTAI LIMA ACARA SUKAN DI MSL 2022

 

KOTA BHARU – Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera dan Pakaian Kontinjen Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Kebangsaan di The Grand Renai Hotel, semalam.
Acara tersebut akan berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos 2022 ini bertempat di Kompleks Sukan Sky Arena, Setapak, Kuala Lumpur.
Negeri Kelantan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menyertai lima jenis acara sukan iaitu futsal lelaki dan perempuan, bola keranjang 3 on 3 lelaki dan perempuan, badminton berpasukan, sepak takraw dan bola jaring.
Pada majlis tersebut, YB Exco menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen sebagai simbolik penyertaan Kelantan dalam acara sukan tersebut.
Dalam ucapannya, YB Ustaz Wan Roslan memberi harapan dan semangat semoga pasukan kontinjen Kelantan berjaya meraih pingat emas dalam setiap acara.

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut