SEMANGAT KEBERSAMAAN MELALUI SUKAN PETANQUE

WP LABUAN – Sebanyak 19 pasukan mewakili Labuan dalam Pertandingan Petanque Beregu Terbuka Ambang Merdeka yang berlangsung di Lawas, Sarawak.
Menurut Naib Presiden 1, Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan Labuan (PPWPL), Ahmad Qhufry Hazlan, Pasukan Labuan diwakili tujuh pasukan dari PPWPL, lapan pasukan Bakat Sukan Wilayah Persekutuan dan empat pasukan daripada Kampung Sungai Bangat.
“Kami meletakkan sasaran kedudukan 32 teratas pada kejohanan kali ini untuk tiga kategori yang disertai selain menjadi medan persiapan para pemain Bakat Sukan Wilayah Persekutuan yang sudah lama tidak mengikuti pertandingan di luar Labuan,” katanya selepas ditemui pada majlis pelepasan pasukan itu ke Lawas di sini pagi tadi.
Tambahnya dua orang pemain petanque Labuan turut menjalani persiapan intensif dengan pasukan SUKMA Wilayah Persekutuan dan seorang dalam pasukan SUKMA Sabah bagi mewakili kedua-dua negeri itu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada September ini.
Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.
SUMBER: MALAYSIA AKTIF
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut