PDRM PULAU PINANG BURU DALANG SAMUN PEMEGANG CIP LEBIH RM4 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Seorang lelaki yang dipercayai dalang utama kes samun sejumlah pemegang cip bernilai lebih RM4 juta di sebuah stor sebuah kilang di Bukit Tengah pada  5 Julai 2022 kini sedang dikesan oleh pihak PDRM.

Lelaki tersebut dipercayai memecah masuk stor bersama sekumpulan lelaki sebelum melarikan 16 kotak mengandungi pemegang cip tersebut menggunakan sebuah lori. Susulan kejadian itu, polis menahan tujuh lelaki berusia 24 hingga 60 tahun termasuk dua pengawal keselamatan dan seorang pekerja kilang itu dalam beberapa serbuan.

Walaubagaimanapun, semua mereka bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

 

Sumber : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …