PROGRAM PENGUATKUASAAN TINDAKAN BERSEPADU DAN SEKATAN JALAN RAYA BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Program penguatkuasaan yang dilaksanakan Unit Kenderaan Bermotor JAS Pulau Pinang pada 25 Ogos 2022 turut melibatkan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai. Antara program penguatkuasaan yang dilaksanakan secara bersama dengan MBSP adalah seperti pemeriksaan ke atas kenderaan berat, permit kenderaan dan juga kawalan pelepasan asap dari kenderaan enjin diesel.

Program kerjasama ini diadakan secara berkala setiap bulan bagi memastikan kenderaan yang menggunakan kemudahan di bawah kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan akan mematuhi apa jua perundangan yang tertakluk di bawah MBSP dan juga Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Daripada 53 kenderaan yang telah diuji secara pemerhatian visual ke atas pelepasan asap hitam kenderaan, lapan (8) kompaun telah dikeluarkan dan 11 notis arahan telah dikeluarkan bagi menjalankan pemeriksaan susulan di kemudahan yag telah diluluskan.

 

Sumber rujukan:

Jabatan Alam Sekitar

 

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut