INDUSTRI PERFILEMAN NEGARA BERPOTENSI BESAR HARUS DI SEMARAKKAN

Industri perfileman negara mempunyai potensi yang besar dan harus disemarakkan melalui penerbitan filem secara kerjasama antara pemain industri tempatan dengan penggiat industri antarabangsa yang lebih berpengalaman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, langkah itu akan mampu mempercepatkan nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global.
“Kita tidak boleh berasa cukup dengan keadaan seperti biasa. Kita perlu terima hakikat dan realiti yang industri kreatif terutamanya perfileman mempunyai potensi yang sangat besar” katanya pada tayangan khas filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa”.
Menurut Annuar jalan cerita sesebuah filem juga harus memastikan ia dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat dalam memperluaskan pasaran filem itu.
“Kita satu Keluarga Malaysia. Besarkanlah pasaran bukan sahaja mengikut segmen kaum supaya kita dapat pasaran yang lebih besar,” katanya.

Menurut Annuar, K-KOMM akan mengusahakan apa sahaja untuk memajukan industri perfileman negara termasuk melakukan beberapa perubahan dasar sekiranya diperlukan.
“Saya berharap Menteri Kewangan dalam belanjawan akan datang ada beberapa pengumuman tertentu untuk dijadikan pemangkin atau ‘catalyst’ kepada industri perfileman dan industri kreatif,” katanya.
Mengenai tayangan semalam, Annuar berkata filem berkenaan adalah unik kerana penonton berpeluang menyaksikan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia dan berjaya melahirkan semangat patriotisme secara kreatif.
“Dalam filem, selain daripada hiburan, yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan,” katanya.

SUMBER: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, BERNAMA

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …