LAWATAN KERJA YB MENTERI KASA KE LABUAN BERKAITAN BEKALAN AIR

WP LABUAN – Lawatan kerja YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man Menteri KASA ke Labuan pada 21 Ogos 2022 lalu dimulai dengan taklimat berkaitan Bahagian Bekalan Air WP Labuan yang disampaikan oleh Ketua Bahagia Bekalan Air W.P Labuan YBrs. Puan Trinil Indah Puspita binti Herry Sunjoto di pejabat Bahagian Bekalan Air W.P. Labuan. Lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau operasi bekalan air dan mendapatkan maklum balas berkaitan dengan isu-isu bekalan yang dialami di sekitar labuan.
Turut hadir bersama sepanjang lawatan ini adalah YB Datuk Rozman bin Datuk Hj. Isli, Ahli Parlimen W.P. Labuan, YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pembentungan) KASA, Tn. Ahmad Hafizullah Amir bin Ahmad Razali Pengarah Wilayah Tengah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Tuan Hj. Sulaiman bin Kamisan Timbalan Pengarah Bahagian Bekalan Air.
Lawatan tapak juga telah diadakan di tapak Projek Penggantian Paip Air di tiga buah Kampung Air bertempat di kampung bebuloh laut dan Projek Penggantian Paip Jalan Mohd Salleh Sehingga Ke Terminal Minyak Mentah Shell di Kiansam.
SUMBER: KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut