PROGRAM BICARA KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA, NEGERI SABAH

Kota Kinabalau Sabah : 18 Ogos 2022: Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah telah mengadakan Program Bicara Keselamatan Sempadan Negara, Negeri Sabah. Jemputan melibatkan 23 Agensi persekutuan, Negeri dan GLC. Seramai 92 orang yang hadir dalam majlis tersebut.

Program dilaksanakan secara forum melibatkan dua orang panel jemputan dan seorang moderator. Panel jemputan yang pertama adalah YBhg Prof Madya Dr Ramli bin Dollah yang berkongsi tentang dapatan kajian berkaitan “Komuniti Sempadan & Keselamatan Nasional” manakala panel jemputan yang kedua adalah YBhg Dr Fauzie bin Sarjono yang berkongsi tentang dapatan kajian berkaitan “Aktiviti Penyeludupan di Sempadan Negeri Sabah”. Dan Tuan Amir Shah Bin Noor Ahmad, Ketua Pejabat Wilayah Kota Kinabalu, Majlis Keselamatan Negara, Negari Sabah bertindakan sebagai moderator dalam program ini.

Moderator memulakan program dengan memperkenalkan Lagu MKN yang telah dilancarkan pada Persidangan Keselamatan Negara Julai 2022 yang lalu dan meneruskan forum dengan mendengar  perkongsian daripada kedua-dua panel jemputan. Sesi soal jawab dilakukan pada akhir forum majlis.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan input berkenaan keselamatan sempadan dari perspektif ahli akademik sebagai input tambahan Majlis Keselamatan Negara yang boleh membantu dalam membuat dasar berkenaan pengurusan sempadan yang lebih menyeluruh dari pelbagai aspek.

Program telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Wakil-wakil Agensi Persekutuan, Negeri dan GLC  berharap agar program seperti ini akan terus dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan mengupas isu lain yang relevan dengan isu-isu keselamatan semasa.

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut