KETUA JABATAN KERAJAAN PERLU JADI ‘KEY COMMUNICATER’ PERANGI RASUAH

LABUAN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Labuan diseru untuk menjadi ‘Key Communicator’ menyebarkan mesej anti rasuah.
Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias para Ketua Jabatan boleh menanamkan budaya intergriti dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat sebagai membantu usaha memajukan Labuan dengan lebih cepat.
“Kalau tiada sistem penyampaian yang baik dan berintergriti maka usaha untuk mengangkat kembali Labuan selepas terjejas dengan pandemik COVID-19 tidak akan tercapai,” katanya semasa merasmikan Program Gerak Mesra Basmi Rasuah SPRM Labuan Bersama Komunikator Utama Masyarakat, di sini pagi tadi.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan Mohd Yusizzudin Mohd Yusof, pengarah-pengarah agensi kerajaan dan pengamal media tempatan
SUMBER :FACEBOOK MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …