DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Jejak karbon (carbon footprint) telah kembali meningkat pada tahun 2021 seiring dengan pembukaan semula sektor ekonomi hampir di seluruh dunia.
Peningkatan pelepasan karbon ini bakal memberikan impak negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran udara, perubahan iklim dan lain-lain lagi.
Antara langkah mudah bagi mengurangkan jejak karbon ini adalah dengan mengumpul dan mengitar semula e-waste yang anda hasilkan. Dengan cara ini, selain dapat memastikan alam sekitar kita terjaga, e-waste juga dapat diuruskan secara mesra alam.
Sumber: