TRIVIA KEMERDEKAAN: CARA MENGHORMATI BENDERA JALUR GEMILANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Bendera adalah penting untuk sesebuah negara itu dikenali, dihormati dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Tujuan bendera negara dikibarkan ialah untuk menzahirkan rasa patriotisme, selain melambangkan kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara. Secara umumnya, terdapat tiga cara bagi menunjukkan rasa penghormatan kepada bendera Jalur Gemilang dan ianya bergantung kepada tujuan penggunaannya, iaitu:

  1. Sebagai Lambang Kebesaran dan Kedaulatan Negara
  • Jika anda seorang awam yang memakai baju melayu dan bersongkok,maka hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
  • Jika anda seorang awam yang memakai topi (selain topi rasmi anggota beruniform) maka topi tersebut mestilah dibuka dan dipegang dengan tangan kanan serta diletakkan ke dada sebelah kiri. Tangan kiri pula diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
  • Jika anda seorang awam dan memakai lain-lain pakaian, anda juga mestilah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
  • Jika Orang Kelainan Upaya yang berkerusi roda, seeloknya duduk dengan keadaan kepala dan badan ditegakkan jika berkemampuan, kedua-dua belah tangan di atas peha dan kaki dirapatkan.

  1. Sebagai Tanda Berkabung

Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas peristiwa-peristiwa tertentu akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-negeri berkenaan. Terdapat beberapa situasi atau peristiwa yang melibatkan pengibaran bendera separuh tiang antaranya:

  • Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman);
  • Kemangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman);
  • Kemangkatan DYMM Raja-Raja (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman);
  • Kemangkatan DYMM Raja Permaisuri (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman);
  • Kematian TYT Yang di-Pertua Negeri atau isteri (pada hari pengisytiharan sehingga hari pengebumian);
  • Kematian YAB Perdana Menteri (pada hari pengisytiharan sehingga hari pengebumian);
  • Kematian YAB Timbalan Perdana Menteri (pada hari pengisytiharan sehingga hari pengebumian); dan
  • Peristiwa-peristiwa lain yang diarahkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau negeri

  1. Sebagai Tanda Menghormati Jenazah Jalur Gemilang boleh menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman atau Pengebumian Negara. Penggunaannya adalah sebagai satu tanda penghormatan terakhir negara terhadap individu berkenaan yang telah berjasa kepada negara. Antara individu-individu yang mendapat penghormatan negara ialah:
  • Pembesar-pembesar negara;
  • Duta-duta Malaysia di luar negara; dan
  • Anggota tentera/polis yang meninggal dunia semasa bertugas.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut