KPNDHEP PULAU PINANG TUMPASKAN SINDIKET SELEWENG DIESEL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang berselindung di sebalik syarikat berdaftar, dalam serbuan di sebuah stor di Permatang Tinggi di Bukit Mertajam pada 22 Ogos 2022. Pengarah KPDNHEP, S. Jegan berkata dalam serbuan pada 9.45 pagi itu, pihaknya merampas 171,000 liter minyak diesel bersubsidi di stor yang terletak jauh dari kawasan penempatan orang ramai dan jalan raya dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Katanya bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak empat hari lepas, pihaknya mengekori sebuah lori kanvas muatan 10 tan awal pagi tadi yang dalam keadaan mencurigakan, sebelum membawa kepada penemuan stor tersebut. Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas stor simpanan barang kawalan berjadual itu ternyata wujud unsur penipuan sebelum terbongkarnya aktiviti penyelewengan apabila pemilik premis pada mulanya mengisytiharkan hanya memiliki minyak diesel bersubsidi 35,000 liter, iaitu masih dalam had yang dibenarkan. Jegan berkata serbuan pihaknya ke atas premis tersebut merupakan kali kedua sejak ia beroperasi pada 2020 dan berdasarkan siasatan sindiket tersebut membeli minyak diesel bersubsidi di stesen minyak di seluruh negeri itu menggunakan lori yang diubah suai.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PROJEK KERETA API TRANS BORNEO DIMULAKAN TAHUN INI

KOTA KINABALU (18 April): Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans Borneo Railway akan dilaksanakan pada tahun ini bersama dua lagi kajian berkaitan …
Maklumat Lanjut