BELIA DIGALAKKAN CEBURI SEKTOR PERIKANAN DARAT – TIMBALAN MENTERI MAFI II

 

PASIR PUTEH – Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menggalakkan golongan belia menceburi sektor perikanan air tawar yang banyak membuka peluang ekonomi.
Berucap semasa ditemui dalam Program Pemantapan MyKomuniti Perikanan (MyKP), myAgroprenuer Perikanan (myAP) dan Perasmian Anjung Perikanan Tok Ajam, di Kampung Jelor semalam, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ll (MAFI) YB Datuk Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pada tahun 2021, 1.1 juta benih ikan pelbagai spesies dilepaskan di sepanjang perairan Kelantan.
“Hari ini (22 Ogos) kita lepaskan lagi 20 ribu ekor benih ikan bernilai tinggi seperti baung dan lampam jawa ke Sungai Jelor, dengan harapan nelayan darat dapat menjana pendapatan secara konsisten,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh menjelaskan sokongan berfokus Kerajaan Malaysia bagi merealisasikan pembangunan keusahawanan perikanan negara pada masa hadapan dengan memperkenalkan Program myagropreneur Perikanan (myAp).
“Golongan muda belia digalakkan terlibat dalam sektor perikanan dan perlu berani meneroka pasaran sehingga ke peringkat global dengan memanfaatkan penggunaan jalur lebar dan kaedah pendigitalan bagi menambah pendapatan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut