PROGRAM KEMBARA MERDEKA KELUARGA MALAYSIA 2022 (KMKM2022) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Penutupan Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mewakili YB Dato Sri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam majlis tersebut YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyerahkan baton KMKM2022 kepada YBrs Encik Zainuddin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.

Penyerahan Baton KMKM2022 ini merupakan simbolik berakhirnya KMKM2022 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan selama 2 hari mulai 18 Ogos 2022.

Sepanjang KMKM2022 peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung sebanyak 2000 Jalur Gemilang telah diedarkan kepada orang ramai. Majlis ini turut digelorakan lagi dengan sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada Majlis Perwakilan Penduduk dan agensi sekitar Kuala Lumpur.

Turut menghadiri majlis tersebut adalah YBrs En Lim Ah Teck, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkap Ketua Konvoi KMKM2022 peringkat Wilayah Persekutuan dan pegawai kanan DBKL.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …