PERHATIAN KEPADA PENDERMA DARAH A- DAN B-!

Perhatian kepada semua penderma darah A Rh(D) Negatif dan B Rh(D) Negatif di sekitar KUALA LUMPUR & LEMBAH KLANG yang budiman, permintaan darah bagi keperluan pesakit meningkat bagi kumpulan darah ini.

Kami mohon ADIWIRA DARAH PDN untuk tampil membantu menderma darah di mana-mana lokasi pendermaan darah anjuran PDN.

Sila layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lokasi pendermaan darah yang berhampiran dengan anda.

NOTA : PDN akan MENGHUBUNGI ANDA sekiranya anda adalah kumpulan darah NEGATIF. Sekiranya pihak PDN tidak pernah menghubungi anda untuk makluman, kemungkinan besar kumpulan darah anda adalah POSITIF.

JOM DERMA DARAH, DERMA DARAH SELAMATKAN NYAWA

 

SUMBER : PUSAT DARAH NEGARA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …