KEGIATAN LUMBA HARAM DI PULAU PINANG TURUN MENDADAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Susulan pemantauan berterusan oleh Polis Pulau Pinang, tiada lagi aktiviti lumba haram membabitkan pelesit rempit terutama pada malam hujung minggu di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negeri berlaku.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata sejak tiga minggu lalu, pihak polis Pulau Pinang mendapati peratusan aktiviti membabitkan lumba haram oleh kumpulan bermotosikal telah menurun dengan mendadak.

Pihak  polis telah mengambil langkah yang proaktif dalam menangani isu membabitkan mat rempit. Pemantauan berterusan dijalankan bagi membanteras kegiatan ini selepas berlaku kemalangan maut membabitkan lumba haram. Pihak Polis juga menjalankan penguatkuasaan dari semua sudut termasuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa sekiranya yang ditahan itu adalah remaja di bawah 18 tahun. Langkah-langkah proaktif ini akan dijalankan secara berterusan.

 

Sumber : Sinar Harian & Kosmo

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …