400 INDIVIDU DIPERIKSA DALAM OPS BERSEPADU LIBATKAN WARGA NEGARA ASING

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama agensi sahabat terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menjalankan Tindakan Khas Operasi Bersepadu di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2022.

Operasi bersepadu diketuai oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YDH DCP Datoโ€™ Yahaya bin Othman , Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur melibatkan kekuatan seramai 391 orang warga kerja DBKL dan agensi sahabat.

Tindakan penguatkuasaan tertumpu di sekitar luar dan dalam Pasar Borong Kuala Lumpur iaitu pemeriksaan premis perniagaan dan individu yang bekerja atau tinggal berdekatan melibatkan warga negara asing dan rakyat tempatan. Seramai 400 individu telah diperiksa melibatkan 147 orang warga tempatan dan 253 orang warga negara asing terutamanya dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Nepal dan India.

Sejumlah 35 orang telah dibuat tangkapan untuk tindakan lanjut oleh pihak JIM (7 orang) dibawah kesalahan Akta Imigresen 1959/1963 dan pihak PDRM / AADK (28 orang) menerusi pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala pihak DBKL telah membuat (6) penutupan serta merta (sealed) premis perniagaan yang melanggar syarat lesen termasuklah premis tiada lesen, membenarkan premis dikendalikan warga asing dan halangan ditempat awam dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL turut membuat 3 tindakan sita dan pindah halangan keatas pelbagai barangan dan peralatan premis yang membuat halangan ditempat awam dan menjalankan aktiviti penjajaan tanpa lesen menerusi Sek. 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 termasuk mengeluarkan tiga(3) notis kompaun dibawah UUK 20(1)(b), Undang-Undang Kecik Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Operasi bersepadu ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama erat semua agensi sahabat yang terlibat. Kerjasama dan tindakan penguatkuasaan bersama ini akan sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut