RAKYAT SAMBUT BAIK PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA KALI KEDUA

 

KUALA KRAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman mengiringi Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman di Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di Kampung Bukit Sireh.
Menurut YB Muhamad, program kali kedua itu menerima kunjungan luar biasa daripada penduduk tempatan dan jajahan berdekatan.
“Program ini mendapat sambutan hangat dan atas permintaan ramai, YB Abdul Latif mohon kepada menteri berkenaan supaya diadakan sekali lagi selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 Ogos 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Bukit Sireh,” katanya.
Selain sesi jualan yang mendapat sambutan hangat, sesi penerangan daripada Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Krai, Sulaiman Derahim juga menerima reaksi memberangsangkan khasnya berkaitan kesedaran kepenggunaan terhadap senarai harga dan kualiti barangan keperluan yang disediakan dalam Program Jualan Keluarga Malaysia pada kali ini.

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …