KPDNHEP SIASAT ISU NASI AYAM TIADA SIJIL HALAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dua gerai nasi ayam yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari restoran bukan Muslim seperti tular menerusi media sosial baru-baru ini. Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Rosol Wahid berkata siasatan terperinci dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah. Rosol berkata pihaknya telah menghubungi KPDNHEP Cawangan Pulau Pinang dan mendapati tiada kesalahan di premis berkenaan berdasarkan bidang kuasa di bawah kementerian itu. Beliau menasihati pengguna agar peka dalam memperoleh produk halal dengan melakukan pemeriksaan terhadap ketersediaan sijil halal dan kebersihan premis sebelum melakukan pembelian.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …