SPR NEGERI PULAU PINANG MENAMBAH BAIK GERAK KERJA MENJELANG PRU KE-15

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

GEORGE TOWN, 16 Ogos 2022 – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Negeri Pulau Pinang, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim dan Penolong Pengarah SPR Negeri, Mohd. Suhaimi Sapie telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri iaitu Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di pejabatnya di Komtar. Perbincangan berkisar mengenai kesiapsiagaan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh SPR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Menurut Dr. Nazariah lagi, SPR dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang meneliti beberapa prosedur operasi standard (SOP) di tempat pengundian termasuk penyediaan khemah khas untuk pengundi yang mungkin bergejala dan tidak sihat serta akses mudah kepada pengundi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

SPR Negeri juga menggalakkan pemilih berdaftar untuk membuat semakan melalui aplikasi mudah alih MySPR Semak bagi menyemak maklumat diri, tempat mengundi dan saluran mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing. Penambahbaikan ini adalah bagi memudahkan urusan pemilih berdaftar pada hari pengundian nanti.

Sumber rujukan : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut