MAHB REKOD 7.8 JUTA PERGERAKAN PENUMPANG PADA JULAI 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Pergerakan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi rangkaian lapangan terbangnya berjumlah 7.8 juta penumpang pada Julai 2022, bersamaan dengan 62.2 peratus paras seperti sebelum pandemik. MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 16 Ogos 2022 berkata, Malaysia merekodkan 4.8 juta keseluruhan pergerakan penumpang, dengan sektor antarabangsa mencatatkan jumlah tertinggi baharu seramai 1.6 juta penumpang sejak pandemik bermula dan sektor domestik kekal dengan jumlah di atas 3.0 juta. Selain itu, MAHB berkata KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kaji selidik terbaharu Airport Service Quality (ASQ) bagi suku kedua 2022.

Sumber: Laman Web BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …