AKTIVITI PEMASANGAN OVITRAP

LABUAN, 17 Ogos (Labuan)   Aktiviti pemasangan ovitrap yang dijalankan secara mingguan di Kg Air Patau Patau 1 oleh Unit Entomologi. Tujuan pemasangan ovitrap ini dijalankan untuk memantau populasi nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus di kawasan risiko denggi. Ovitrap merupakan bekas kecil berwarna hitam yang diisi dengan air nyah klorin dan paddle untuk memerangkap telur nyamuk ke dalam bekas ovitrap yang dipasang. Telur nyamuk Aedes ini kebiasaannya akan melekat pada permukaan paddle dan juga disekeliling dalam ovitrap. Selepas 5-7 hari, ovitrap dikutip semula dan dibawa ke makmal Entomologi untuk proses penetasan telur dan pengecaman spesies.
SUMBER : FACEBOOK JABATAN PENERANGAN  WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …