30 PERATUS BANGUNAN DI MALAYSIA TIADA SIJIL PERAKUAN BOMBA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati 30 peratus daripada 8,300 bangunan di seluruh negara belum mempunyai sijil perakuan bomba (FC) mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (pindaan 2020) (Akta 341). Antara aspek yang tidak dipatuhi pemilik premis ialah tiada penyelenggaraan tetap, pengubahsuaian yang tidak mengikut peraturan serta gagal memenuhi keperluan teknikal.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid memaklumkan perkara ini semasa Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 JBPM Pulau Pinang yang diadakan  pada 16 Ogos 2022 di RAIA Inn Penang.

Mohammad Hamdan berkata, dalam situasi ekonomi mencabar pihaknya turut mengambil pendekatan bertolak ansur termasuk memberi tempoh sehingga dua tahun untuk pemilik premis melakukan penambahbaikan. Namun, pemilik atau penyelia premis harus mengambil langkah-langkah keselamatan yang disarankan pihak bomba bagi mengelak risiko kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, beliau berkata, 122 daripada 731 bangunan di Pulau Pinang termasuk kilang dan hotel belum memperoleh FC dan negeri berkenaan antara negeri yang aktif melaksanakan program berkaitan pemeriksaan keselamatan bangunan.

Sumber : HARIAN METRO 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …