AIRASIA HANTAR TERUS HIDANGAN PULAU PINANG KE LEMBAH KLANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5 : KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Platform penghantaran makanan airasia Super App kini bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati juadah terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu.

Pilihan makanan termasuk pilihan menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.

Semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran yang berpatutan.

Matlamat utama adalah untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memperluas khidmat penghantaran ke luar negeri kerana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada jutaan pengguna aktif airasia Super App di seluruh rantau ini.

Sumber : BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut