DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)
Lebih 10,000 orang berdaftar menyertai Larian “Sayang Pulau Pinang” sejauh 5 kilometer (km) pada awal pagi, 14 Ogos 2022. Larian yang dijadualkan sebagai acara tahunan ini dikatakan telah dua tahun tidak dianjurkan ekoran pandemik COVID-19.
Dengan penyertaan 26 buah negara, larian ini merupakan salah satu tarikan pelancong dalam pengukuhan ekonomi. Nilai-nilai perpaduan masyarakat turut kelihatan apabila penyertaan disambut baik oleh pelbagai latar belakang.
Larian pada siri kali ini melibatkan kawasan Bandaraya George Town yang sudah semestinya menjanjikan panorama menarik.